Menu Content/Inhalt
Laman Utama
Akademi Koreksional
Gotong Royong Membersih Bandar Kuah

 Pada 30.1.2012 Langkawi Development Authority (LADA) telah menganjurkan Gotong Royong Membersih Bandar Kuah. Program ini melibatkan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan di Daerah Langkawi. Program yang bermula pada jam 10.00 malam ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA,Tan Sri Khalid Ramli. Seramai lebih kurang 500 orang terlibat dalam gotong royong ini. Akademi Koreksional Malaysia Langkawi tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program ini di mana kita telah menghantar seramai 20 kakitangan dan pekerja sokongan yang diketuai sendiri oleh Pengarah AKM, PKK Mohd Sabri bin Yaacob.   Program Gotong Royong ini berakhir pada jam 4.00 pagi.

 
Pengarah AKM Merasmikan Penutupan Kursus Pengendalian Senjata Api Penguatkuasa KDN Siri 1/2012

Pada 18 Januari 2012, Pengarah AKM Langkawi PKK Mohd Sabri bin Yaacob telah dijemput untuk merasmikan penutupan Kursus Pengendalian Senjata Api (Pistol) dan Latihan Menembak Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri Siri 1/2012 bertempat di Lapang Sasar Antarabangsa Malaysia Langkawi (LISRAM). Kursus selama 2 hari ini adalah anjuran LISRAM dan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset Kementerian Dalam Negeri. Pada majlis ini juga telah diadakan Latihan menembak VIP jemputan di mana pasukan AKM telah dijemput untuk mengadakan perlawanan menembak persahabatan acara jatuh piring secara latihan dengan peserta pilihan daripada kalangan peserta kursus. Dalam majlis ini, Pengarah AKM Langkawi telah diberi penghormatan untuk merasmikan penutupan dan penyampaian sijil kepada peserta kursus.

 

Waktu Solat Langkawi

Fajr 06:27 AM
Sunrise 07:38 AM
Dhuhur 01:35 PM
Asr 04:57 PM
Maghrib 07:31 PM
Isha 08:39 PM

Pautan Luar

MyGovernment MyGovernment JPA JPA KDN KDN Hrmis Hrmis
stories3.jpg