accfa

 Pada 12 April 2015 telah diadakan Program ‘Jungle Tracking’ sempena Kursus Pembinaan Pasukan untuk kakitangan Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Program yang diadakan di kawasan hutan LISRAM ini telah disertai oleh seramai 35 orang kakitangan uniform dan awam. Selain daripada memupuk semangat berpasukan di kalangan kakitangan, program ini dapat mendedahkan kakitangan kepada keindahan flora dan fauna yang terdapat di Pulau Langkawi amnya dan kawasan LISRAM khasnya.