accfa

 Pada 10 Mei 2015 telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Utara 1 bagi Tahun 2014. Majlis yang diadakan di Auditorium Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar.