accfa

Pada 5 September 2015 telah berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 peringkat Daerah Langkawi yang diadakan di hadapan Dataran Mar-Mar Kuah. Sambutan yang diadakan secara sederhana tetapi meriah ini bermula dengan persembahan pancaragam dan disusuli dengan perbarisan serta perarakan kontinjen-kontinjen daripada pelbagai jabatan agensi kerajaan, pihak swasta dan sekolah-sekolah. Akademi Koreksional Malaysia (AKM) juga telah menghantar kontinjen seramai 25 orang untuk menyertai perbarisan untuk sambutan pada kali  ini.

 Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob bersama-sama dengan Ahli Parlimen Langkawi, YB Dato' Ir Hj Nawawi bin Ahmad dan Adun Kuah YB Norsaidi bin Nanyan serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Langkawi.