accfa

 Pada hari Sabtu 20.2.2016, bertempat di Pantai Taman Lagenda, Kuah telah diadakan aktiviti Hari Keluarga AKM bagi tahun 2016. Aktiviti ini melibatkan penyertaan semua anggota AKM, LISRAM dan Parol berserta keluarga. Aktiviti yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah AKM Langkawi, PP Azhar bin Ahmad. Berbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kerusi berirama, isi air dalam botol, makan epal, cabutan bertuah dan banyak lagi. Aktiviti Hari Keluarga ini tamat pada jam 12.30 petang. Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa yang telah menjayakan aktiviti ini.