accfa

 Pada 21 Ogos 2017, bertempat di  Auditorium Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia  telah diadakan Majlis Penutupan dan penyampaian sijil Kursus Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) - Certificate In Human Development Plan Toward Inmates yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Hj. Omar. Kursus yang bermula dari 1 Ogos 2017 ini melibat seramai 34 orang peserta terdiri daripada 13 peserta luar negara dan 21 peserta tempatan. Antara peserta luar negara ialah Cambodia (2), Indonesia (1), Maldives (2), Philippines (1),  Brunei Darussalam (3), Tanzania (1), Fiji (1), Morocco (1) dan Laos (1). Turut hadir di majlis penutupan adalah Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Pembangunan Profesionalisme TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid,  Pengarah Akademi Koreksional Malaysia TKP Jamil Razif bin Hj. Kassim, Mr. Beh Ching Chye daripada Wisma Putra serta pengarah-pengarah penjara zon utara.