accfa

 

Pada 12 Januari 2015, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Akademi Koreksional Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Dhuha bertempat di Surau Al-Hidayah, AKM. Majlis Sambutan Maulidul Rasul ini diteruskan lagi dengan Ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rashidi bin Shukri, Guru Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan merupakan seorang penceramah bebas. Turut hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini ialah Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob.