accfa

 Pada 17 hingga 18 Januari 2015, bertempat di Gunung Raya Golf Resort, Langkawi, Kedah telah berlangsungnya Kejohanan Golf Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2015. Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan kejohanan tersebut. Kejohanan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori terbuka dan kategori tertutup.

  Seramai 106 peserta telah menyertai Kejohanan Golf ini dan antara tetamu kehormat yang menyertai kejohanan ini ialah  Y. Bhg. Dato’ Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Hj. Norzam bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan Y. Bhg. Dato’ Wan Abdul Rahman bin Abdulllah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan).