accfa

 

Pada 23 Mac, 2015 Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke 225 Peringkat Akademi Koreksional Malaysia bertempat di Dewan Mahsuri AKM. Majlis dimulakan dengan perbarisan anggota, membaca perutusan Komisioner Jeneral Penjara oleh Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob diikuti dengan upacara pemakaian pangkat dan penyampaian pingat kepada kakitangan. Turut diadakan pada sambutan kali ini ialah ceramah motivasi dan aktiviti sukan bowling. Untuk rekod, Sambutan Hari Penjara ke 225 pada tahun ini disambut pada 19 Mac 2015 di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PLPP) Taiping.