SEKILAS INFO

 Pada 22 Januari 2020 Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan Perhimpunan Bulanan pertama bagi tahun 2020. Perhimpunan yang dihadiri seramai 48 orang kakitangan uniform dan awam termasuk pegawai dari LISRAM ini telah diadakan di Dewan Mahsuri AKM. Antara pengisian Perhimpunan Bulanan ini ialah pemeriksaan perbarisan, Ikrar Jabatan dan ucapan serta penyampaian perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena tahun baru 2020 oleh Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TKP Jamil Razif bin Kassim. Majlis juga telah diserikan dengan pemakaian pangkat TBBK kepada  SM 7604 Md Zahir Bin Zainol, SJN W696 Rosita Binti Arof, SJN 12125 Norhazram Bin Azizan, SJN 12568 Mohd Aswad Bin Saad, SJN 13616 Mohd Fydzal Ridwan Bin Othman, SJN 13773 Zainol Bin Dollah, SJN 15328 Siti Hanim Binti Ismail, SJN 15975 Ku Zaini Bin Ku Osman , SJN 16418 Mohd Saiful Bin Ibrahim, SJN 16626 Mahizan Bin Hussain dan KPL 11794 Mohd Faizarul Bin Omar .