SEKILAS INFO

Tarikh : 27 September 2021 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU)
 
Kumpulan Pelaksanaan Pelan Tindakan Antirasuah (Team OACP) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) terdiri daripada lapan(8) orang telah mengadakan lawatan rasmi ke Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi (AKM) bagi melihat pelaksanaan Pelan Tindakan Anti Rasuah Jabatan Penjara Malaysia (JPM) serta meninjau fasiliti yang terdapat di AKM. Kumpulan JBSN diketuai oleh En. A. Raman Bin Musbah, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan.
 
Ketibaan Kumpulan JBSN disambut oleh TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin, Pengarah AKM bersama PKP Shirley anak Jungot, Timbalan Pengarah PPN Kedah serta kakitangan AKM. Taklimat berkaitan Akademi Koreksional Malaysia disampaikan oleh PP Mona Azura Binti Ismail manakala taklimat Pelan Anti Rasuah JPM disampaikan oleh PP Noor Sazlawati Binti Zakaria.