SEKILAS INFO

Tarikh : 02 November 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Akademi Koreksional Malaysia
Pada 02 November 2021(Selasa), Bahagian Kewangan Kementerian Dalam Negeri(KDN) serta Bahagian Pembangunan & Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia(IPPM) telah mengadakan naziran keperluan pusat latihan ke Akademi Koreksional Malaysia. Sesi naziran keperluan pusat latihan diketuai oleh Puan Nur Kamariah Binti Abd Rahim(KDN). Turut hadir dalam sesi naziran tersebut dari bahagian kewangan KDN adalah Puan Wan Izzati Binti Mohamad(KDN), En. Shahrin Mazwan Bin Mazlan(KDN) serta dari Bahagian Pembangunan & Profesionalisme adalah PKK Mohd Farid Bin Kassim(Timbalan Pengarah), TPP Philip Pangkat, IP Ahmad Syihan Adib bin Abdul Kadir. Sesi naziran tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin. Pegawai dan kakitangan yang hadir sama dalam sesi tersebut dari AKM adalah PKP Abd Zaini Bin Ibrahim(Timbalan Pengarah), PP Mona Azura Binti Ismail, KIP Hafizdhun Bin Baharun, IP Mohamad Sofi bin Musa, Puan Aminah Binti Ali,dan En Shaiful Norezduan Bin Mohd Roslan. Perbincangan berkisar berkenaan dengan keperluan pusat latihan dari segi keperluan peralatan ict, infrastruktur dan utiliti bangunan, prasarana bilik penginapan asrama serta kelengkapan kafeteria. Seterusnya, diadakan sesi lawatan ke sekitar kawasan Akademi Koreksional Malaysia.