SEKILAS INFO

PROGRAM GOTONG ROYONG
 
Tarikh : 07 November 2021(Ahad)
Tempat : Akademi Koreksional Malaysia
 
Pada 07 November 2021, Program Gotong Royong telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia. Program ini dijalankan di kawasan blok asrama Jati 1 dan Jati 2.Pengarah AKM iaitu TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin juga turut sama turun padang bagi menjayakan program gotong royong ini bersama-sama dengan kakitangan AKM serta pekerja outsource.
 
Program ini dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan silaturahim antara semua.
Program yang dijalankan di blok asrama ini bertujuan menggantikan katil yang telah usang dan reput dimakan anai-anai. Penggantian katil yang baru membolehkan keselamatan dan keselesaan perserta yang berkursus di AKM terjamin.