SEKILAS INFO

"Coral Voluntourism Program" (CVP) Bersama Agensi Kerajaan Di Langkawi
Tarikh : 11 November 2021 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pulau Jemuruk, Langkawi
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan "Coral Voluntourism Program" yang melibatkan agensi-agensi kerajaan di Langkawi. Akademi Koreksional Malaysia telah dijemput bersama menyertai program ini. AKM diwakili oleh SJN Syaiful Hazni Bin Abdullah, Encik Basri Bin Johari, Cik Azizah Binti Baharom, Puan Aminah Binti Ali dan Puan Siti Fatimah Binti Muhammad Zuki.
Program ini disertai seramai 60 orang peserta dan 35 orang divers termasuk instruktor dari pelbagai agensi dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua peserta menaiki bot dari Jeti Kubang Badak dan bertolak ke kawasan coral planting iaitu di Pulau Jemuruk. Aktiviti yang dijalankan di sekitar pantai adalah penanaman coral dalam rack yang kemudiannya coral rack dibawa dan diturunkan di kawasan yang telah ditetapkan.
Program ini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan dalam memastikan kelestarian alam terutamanya terumbu karang berada dalam keadaan baik dan sentiasa terpelihara. Program seperti ini akan dapat memperbanyakkan terumbu karang di sekitar Langkawi.