SEKILAS INFO

Majlis Penyampaian Hadiah Program Semarak Kemerdekaan 2021 “Malaysia Prihatin” Dan “Program Malaysia #Quranhour 2021 ”
 
Tarikh : 15.11.2021 (Isnin)
Masa : 02.30 petang
Tempat : Dewan Mahsuri AKM, Langkawi
Anjuran : Perpustakaan AKM, Langkawi
 
Pada 15 November 2021, Majlis Penyampaian Hadiah sempena Program Semarak Kemerdekaan 2021 “Malaysia Prihatin” Dan “Program Malaysia #Quranhour 2021 ” telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia.
 
Program Malaysia #Quranhour telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia pada 30 Ogos 2021 / 21 Muharam 1443 Hijrah. Program ini merupakan satu sokongan daripada Perpustakaan Awam negeri-negeri dan kerajaan untuk menggalakkan setiap individu untuk baca, faham dan amal nilai-nilai yang terdapat di dalam Al-Quran.
 
Program Semarak Kemerdekaan 2021 “Malaysia Prihatin” peringkat AKM, Langkawi anjuran Unit Perpustakaan, AKM telah diadakan pada 31 Ogos – 16 September 2021. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan AKM, Langkawi International Shooting Range Malaysia(LISRAM) dan Persatuan Isteri-isteri dan anak Anggota Penjara (PERSIAP), Langkawi.
 
Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah Pertandingan Mewarna Merdeka (5-8 tahun), Pertandingan Melukis Poster Merdeka (9-12 tahun), Pertandingan Fotografi vs Covid-19 dan Kuiz Online Merdeka.
 
Barisan tetamu jemputan di hadiri oleh Pengarah AKM, TKP Dr Kamsiah Binti Kamin, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), TKP Abdul Zaini Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), PP Mona Azura Binti Ismail dan Puan Wan Nafisah bin Wan Kamarudin, Pengerusi PERSIAP (AKM).