SEKILAS INFO

Pada 1.9.2012 (Sabtu), telah diadakan Majlis Sambutan Malam Mesra Aidil Fitri Tahun 2012. Selain jamuan hari raya, Majlis telah diserikan dengan persembahan lagu raya oleh kakitangan AKM, pertunjukan pakaian raya oleh anak-anak staf, dan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak. Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah AKM ini turut dihadiri oleh pesara Jabatan Penjara dari Langkawi serta pekerja-pekerja sokongan AKM. Pelbagai hidangan dan kueh-mueh telah disediakan untuk dinikmati oleh semua hadirin.