SEKILAS INFO

Pada 30.12.2011, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah menerima kunjungan Y. Bhg. Dato’ Wahab Bin Mohd. Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri. Kunjungan ini adalah merupakan lawatan kali pertama beliau ke Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi sempena lawatan beliau ke tapak pembinaan bangunan Kementerian Dalam Negeri, Langkawi yang dijangka siap pada bulan Mac 2012.  Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Wahab disambut oleh PKK Mohd Sabri Bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia bersama dengan pegawai dan kakitangan yang lain. Pada lawatan ini Y. Bhg. Dato’ Wahab mengambil kesempatan melawat persekitaran kawasan Akademi Koreksional Malaysia merangkumi kawasan pejabat pentadbiran, kafeteria, asrama dan kolam renang.