SEKILAS INFO

 

Pada 16.12.2011 hingga 18.12.2011,  di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, sekali lagi telah diadakan Seminar Bersama NGO untuk kali ketiga yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.  Tema pada tahun ini, adalah ‘Memasyarakatkan Penjara’  yang mana telah mengupas tentang peranan dan penglibatan masyarakat dengan program-program Jabatan Penjara yang sedang dijalankan serta membantu memberi khidmat dan sokongan kepada banduan setelah dibebaskan. Selama 2 hari berlangsung, sebanyak 14 Kertas Kerja telah dibentangkan di dalam seminar ini. Di akhir seminar, ‘Deklarasi Langkawi 3’  telah dibacakan oleh wakil NGO dan seterusnya diserahkan  kepada Y. Bhg. Dato’ Haji Hassan bin Skimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional).