accfa

Pada 21.8.2011 bertempat di D’ Baron Resort, Langkawi, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bagi kakitangan Akademi Koreksional Malaysia dan Parol Langkawi berserta keluarga.  Majlis anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan Anggota-Anggota AKM ini adalah bagi meraikan ahli-ahli kelab di atas sumbangan yang diberikan. Disamping itu juga turut diadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran Penguasa Penjara Nik Robidin bin Ab. Rahman yang akan ditukarkan ke Bahagian Pembangunan Profesional Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Antara pengisian majlis ini adalah penyampaian sumbangan hari raya kepada ahli kelab dan  imbuhan kepada ahli yang baru menimang cahaya mata. Turut diadakan adalah sumbangan imbuhan kepada anak-anak kakitangan yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi oleh PERSIAP Langkawi.