accfa

Pada 21.8.2011 jam 2.15 petang bertempat di Auditorium Mahsuri, AKM Langkawi telah diadakan Tayangan Perdana filem ‘1957 Hati Malaya’ sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat AKM. Aktiviti anjuran Unit Perpustakaan telah dirasmikan oleh Pengarah AKM Langkawi, PKK Mohd Sabri bin Yaacob.  Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Tanggal 31’ diikuti dengan ucapan oleh Pengarah dan seterusnya tayang filem dimulakan.