accfa

Pada 21.8.2011 bertempat di Surau Al-Hidayah, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi kakitangan. Majlis ini diadakan setelah kakitangan selesai menamatkan Tadarus Al-Quran sebanyak 30 juzuz yang diadakan bermula sejak awal ramadan lagi. Majlis yang dihadiri oleh Y.S. Pengarah AKM, PKK Mohd Sabri bin Yaacob, Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota ini bermula pada jam 8.30 pagi.