accfa

Pada 20 Jun 2013, bertempat di Auditorium Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, telah diadakan Majlis Penutupan Kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) - Certificate In Juvenile Rehabilitation Program yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia....

 

Pada 20 Jun 2013, bertempat di Auditorium Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, telah diadakan Majlis Penutupan Kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) - Certificate In Juvenile Rehabilitation Program yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Hj. Omar. Seramai 40 peserta terdiri daripada 27 peserta luar negara dan 13 peserta tempatan terlibat dalam kursus ini. Antara peserta luar negara adalah  daripada Cambodia -2, Indonesia - 4, Nigeria -1, Filipina - 3, Kiribati - 1, Solomon - 1, Maldives - 2, Brunei - 5,  Tanzania - 2, Thailand - 4 dan Papua New Guinea - 2. Turut hadir dalam majlis ini adalah TKPj Hj. Nordin bin Hj. Muhamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia  serta Pengarah-Pengarah Penjara dan Parol Zon Utara.