SEKILAS INFO

PERSATUAN ISTERI, ANAK DAN ANGGOTA WANITA (PERSIAP)

Ditubuhkan pada 10.7.2013 dan dikenali sebagai Persatuan Isteri, Anak Dan Anggota Wanita Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Kedah. Ia telah didaftarkan di Bawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 pada 3.7.2013. Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah Akademi Koreksional Malaysia, Jalan Persiaran Putra, 07000, Langkawi, Kedah.

 TUJUAN PENUBUHAN

Tujuan penubuhan PERSIAP ini adalah untuk melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan faedah kepada ahli persatuan.

 KEAHLIAN

Ahli Biasa adalah terbuka kepada semua kakitangan yang bertugas di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah yang berumur 18 tahun ke atas bertaraf warganegara Malaysia. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 dan yuran bulan pertama sebanyak RM2.00.

 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN ISTERI, ANAK DAN ANGGOTA WANITA AKM SESI 2020/2021

 

PENAUNG

TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin

 

PENGERUSI

Pn Wan Nafisah Binti Wan Kamarusin

 

 TIMBALAN PENGERUSI

Puan Mona Azura Binti Ismail

 

SETIAUSAHA

Puan Kartini Binti Jafar

 

PENOLONG SETIAUSAHA

Sjn Siti Hanim Binti Ismail

 

BENDAHARI

Puan Aminah Binti Ali

 

PEN. BENDAHARI

Puan Nurul Liana Binti Sulaiman

 

AHLI JAWATANKUASA

Sjn Hariyani Binti Mohmod (Biro Sukan & Kebudayaan)

Sjn Syahiza Binti Mohd Noor (Biro Kebajikan)

Sjn Rosita Binti Arof (Biro Agama)

Sjn Nur Hafizah Binti Jasni (Biro Pendidikan)

Puan Wan Syuhaida Binti Wan Senik (Biro Ekonomi)

Puan Noriza Binti Dahmit (Biro ICT)

 

PENGAMANAH

Cik Azizah Binti Baharom

 

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Puan Nuraini Binti Mohamad

Puan Siti Fatimah Binti Zuki