accfa


Perpustakaan 

Mula Dibuka kepada peserta kursus pada 16 Mei 2007 di mana kursus pertama yang dikendalikan oleh Akademi Koreksional Malaysia. Memiliki simpanan buku rujukan pelbagai jenis dan sumber, perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan pinjaman buku kepada peserta kursus semasa mengikuti kursus di akademi. Dilengkapi sepenuhnya perkhidmatan jalur lebar internet tanpa wayar serta memiliki beberapa buah komputer untuk kegunaan pengunjung perpustakaan melayari internet.

Buku-buku di perpustakaan ini merangkumi pelbagai tajuk dan bersesuaian dengan anggota yang sedang bekursus di akademi.Perpustakaan ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang pada setiap hari kecuali hari jumaat, sabtu dan cuti umum. Dikendalikan oleh dua orang kakitangan akademi, diharap perpustakaan ini akan dapat membantu peserta kursus di dalam melaksanakan tugasan atau projek berkumpulan bersesuaian dengan moto perpustakaan iaitu 'pusat ilmu anda'