SEKILAS INFO

Tarikh : 29 September 2021 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : De’CAM AKM
 
Pada 29 September 2021(Rabu) bertempat di De’CAM, Akademi Koreksional Malaysia telah berlangsung Majlis Pelancaran Food Bank yang telah disempurnakan oleh TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin, Pengarah AKM kepada kakitangan AKM. Turut hadir bersama bagi menjayakan program ialah PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM dan isterinya iaitu Puan Wan Nafisah Binti Wan Kamaruddin (Pengerusi PERSIAP AKM) serta anggota dan kakitangan AKM yang terlibat.
 
Pelaksanaan Food Bank ini merupakan sumbangan dari Persatuan Pegawai-Pegawai Penjara Malaysia (POA) yang diwakili oleh SJN Aswad Bin Saad, Perwakilan (POA) Akademi Koreksional Malaysia. Adalah diharap semoga dengan sumbangan berbentuk barang-barang keperluan harian ini dapat membantu kakitangan yang memerlukan. AKM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada POA atas bantuan sumbangan yang amat bermakna ini.