accfa

PENGENALAN

Program Pengajian Khidmat Komuniti diwujudkan untuk merancang dan mengaplikasikan modul kursus bagi menyediakan kakitangan yang mempunyai ilmu berkaitan dengan bidang parol dan perkhidmatan komuniti. Bidang ini sangat penting dipelajari oleh semua anggota beruniform kerana ia merupakan kesinambungan program pemulihan yang sedia ada. Pengetahuan dan kefahaman berkaitan penyeliaan pengajian khidmat komuniti yang lebih berkesan merupakan harapan jabatan serta memberikan peluang kedua kepada banduan untuk meneruskan kehidupan melalui proses reintegrasi dalam komuniti.

VISI

Menerajui latihan dan pembelajaran dalam bidang parol dan perkhidmatan komuniti selaras dengan kehendak jabatan yang diiktiraf di peringkat dunia.

MISI

Memastikan setiap pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia mempunyai pendedahan dan kemahiran berkaitan ilmu parol dan perkhidmatan komuniti secara menyeluruh.

MATLAMAT

Melahirkan pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia yang berilmu serta berkemahiran tinggi melalui penyediaan modul kursus serta pelaksanaan program yang efektif.

KEMUDAHAN

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti bilik kuliah, dewan kuliah, makmal komputer, bilik sindiket, asrama, kemudahan sukan serta riadah termasuk peralatan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.

KAEDAH PENGAJARAN

Implimentasi kaedah pengajaran dan pembelajaran di bawah Program Pengajian Khidmat Komuniti adalah menggabungkan kaedah secara teori dan amali dengan menggunakan alat bantuan mengajar multimedia yang bersesuaian seperti tayangan slide serta video, penggunaan laptop serta komputer, pembelajaran atas talian dan sebagainya.

PENYELARAS KURSUS :

TPP Mona Azura binti Ismail

HP : 012-6050522

emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

URUSETIA :

KIP Hafizdhun bin Baharun

HP : 013-3902210

emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.