accfa

PENGENALAN

Program Pengajian ini terbahagi kepada tiga sub-unit iaitu Unit Pengajian Koreksional, Unit Pengajian Psikologi & Kaunseling dan Unit Pengajian Antarabangsa. Pengajian Antarabangsa melibatkan peserta-peserta daripada luar negara dan di dalam negara. Peserta yang mengikuti kursus dalam program ini akan di tempatkan di AKM sepanjang kursus yang dijalankan.

Peranan unit ini  adalah merancang dan menyediakan modul-modul sepanjang tahun bagi anggota-anggota Jabatan Penjara Malaysia dan modul-modul untuk pengajian bagi perserta luar negara. Program pengajian ini juga mempunyai kursus-kursus bersepadu dengan IPTA tempatan.

VISI 

Menyediakan pembelajaran dan latihan di bidang koreksional dan psikologi yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

MISI 

Menyediakan program dan latihan berkualiti dan menepati kehendak pelanggan dengan kemudahan dan peralatan terkini yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar terlatih dan profesional untuk melahirkan pelanggan yang kompeten, inovatif dan kreatif di bidang koreksional dan psikologi.

MATLAMAT

Menyediakan program kursus yang komprehensif untuk melahirkan peserta yang berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.

Memupuk dan mengekalkan hubungan rapat dengan peserta melalui perundingan, lawatan serta kerjasama.

Menyediakan program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan potensi pelanggan.

KEMUDAHAN

Pelbagai kemudahan disediakan di dalam Program Psikologi dan Kaunseling ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih berkesan. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik kuliah, dewan kuliah berhawa dingin, auditorium, studio perancang, makmal komputer, bilik sindiket, asrama dan mempunyai peralatan yang secukupnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

KAEDAH PENGAJARAN 

Poses pengajaran dan pembelajaran dalam program ini adalah menggabungkan kedua-dua kaedah pembelajaran secara teori dan amali. Pengajaran dijalankan dengan menggunakan alat mengajar multimedia yang bersesuaian seperti tayangan video, penggunaan komputer dan lain-lain lagi.

PENYELARAS KURSUS:

PP Azhar bin Ahmad

HP : 013-5297329

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

URUSETIA :

IP Mohamad Sofi bin Musa

HP : 017-4659312

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.