accfa

 

 

 PENGENALAN

Program Pengajian Pengurusan & Antarabangsa terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Pengajian Kriminologi, Unit Pengajian Antarabangsa dan Unit Pengajian Pengurusan dan Kemahiran. Program ini diwujudkan untuk merancang dan melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang kriminologi dan pengurusan di mana ianya diperlukan dalam jabatan untuk beroperasi dengan lebih berkesan. Bidang kriminologi sangat penting dipelajari dan difahami oleh semua anggota beruniform kerana pengetahuan yang dimiliki akan membolehkan seseorang pegawai penjara melaksanakan tugas harian dengan lebih profesional sesuai dengan visi dan misi jabatan. Manakala pengetahuan dan kefahaman dalam bidang pengurusan dan kemahiran akan membolehkan seseorang melaksanakan tugas dengan lancar dan teratur serta mematuhi peraturan atau pekeliling.

VISI

Menerajui pembelajaran dan latihan di bidang pengurusan dan kriminologi yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

MISI

Menyediakan program dan latihan berkualiti dan menepati kehendak pelanggan dengan kemudahan dan peralatan terkini untuk melahirkan pelanggan yang kompeten, inivatif dan kreatif di bidang pengurusan dan kriminologi.

MATLAMAT

Menyediakan program kursus yang komprehensif untuk melahirkan peserta yang berilmu dan berkemahiran luas di dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai, etika dan moral yang tinggi.

Memupuk dan mengekalkan hubungan rapat dengan peserta melalui perundangan, lawatan serta program kerjasama

KEMUDAHAN

Pelbagai kemudahan disediakan bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih berkesan. Antaranya bilik kuliah, dewan kuliah, makmal komputer, bilik sindiket, asrama, kemudahan sukan dan riadah serta peralatan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi

KAEDAH PENGAJARAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah menggabungkan kedua-dua kaedah pembelajaran secara teori dan amali. Pengajaran dijalankan dengan menggunakan alat mengajar yang bersesuaian seperti tayangan video, penggunaan komputer dan lain-lain lagi.

PENYELARAS KURSUS

                     PP Ahmad Zulkarnain bin Abdul Khalid                    

                No. Tel :   012-9724427              

 Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

                    

URUSETIA

KIP Kartini bt Jafar

HP : 018-4665003

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.