SEKILAS INFO

Pada 01-04 November 2021, Program “Leading With Soul” Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia. Program ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Profesionalisme IPPM dengan....

PROGRAM “LEADING WITH SOUL” JABATAN PENJARA MALAYSIA TAHUN 2021
 
Tarikh : 01-04 November 2021
Tempat : Akademi Koreksional Malaysia
 
Program “Leading With Soul” Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia. Program ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Profesionalisme IPPM dengan kerjasama Syarikat Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd.
 
Program ini melibatkan peserta seramai 36 orang anggota lain-lain pangkat daripada institusi seluruh negara.
 
Majlis Penutupan Program “Leading With Soul” telah dirasmikan oleh KP Haji Ariffin Bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme IPPM.
Dalam sesi penutupan program tersebut, beliau telah menyampaikan sijil kepada para peserta.