SEKILAS INFO

Pembentangan Laporan Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Penjara & Koreksional Malaysia telah diadakan.....
Tarikh: 16 Januari 2022
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Koreksional Malaysia
 
Pembentangan Laporan Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Penjara & Koreksional Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Koreksional Malaysia (AKM)
pada 16 Januari 2022.
 
Laporan cadangan ini dibentangkan oleh TKP Abdul Halim bin Ma Hasan, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan (Seksyen Residivis), Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) kepada YBhg. KJP Dato' Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara. Turut hadir ialah TKP Kamsiah binti Kamin, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), TKP Zainah binti Pardi, Ketua Sekyen Vokasional & Industri, IPPM.
 
 
BENGKEL CADANGAN PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENJARA & KOREKSIONAL MALAYSIA
 
Tarikh: 14-15 Januari 2022
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Kuliah Bougainvillea, Akademi Koreksional Malaysia
 
Peserta bengkel terdiri daripada:
 
1.YBrs. TKJP Abd. Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan)
2. KP Supri bin Hashim, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan
3. TKP Abdul Halim bin Ma Hasan, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan (Seksyen Residivis)
4. PKK Mohd Farid Bin Kassim, Timbalan Pengarah BPP, IPPM
5. PKK Suhaizak bin Ab Wahab, Ketua Unit Perundangan, IPPM
6. PKK Zamzuri bin Ghani, Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM
7. Puan Nurdiyana binti Baharum, Timbalan Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran, IPPM
8. PKP Ab Nasif bin Sarahan, Bahagian Banduan/Tahanan Radikal / Berisiko Tinggi, IPPM