Menu Content/Inhalt
Laman Utama
Advertisement
Majlis Perasmian Penutupan MTCP 2010 PDF Print E-mail

Pada 22 Julai 2010, Majlis Perasmian Penutupan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2010 telah berlangsung di Auditorium Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dalam ucapan penutupan, beliau berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang di samping menambah bilangan penganjuran kursus peringkat antarabangsa.

Kursus ini telah berlangsung dari 04 hingga 22 Julai 2010 yang melibatkan seramai 33 orang peserta dari Australia, Indonesia, Sri Lanka, Namibia, Brunei, Solomon Island, Botswana, Iraq, Papua New Guinea, India, Kiribati dan Malaysia.

Kursus selama tiga minggu ini membincangkan modul-modul berkaitan Pelan Pembangunan Insan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia agar ia dapat dikongsi bersama oleh semua peserta terutamanya dari negara luar serta memberikan input-input baru ke arah satu matlamat iaitu memperkasa aktiviti pemulihan kepada penghuni.

Peserta juga berpeluang melihat secara dekat aktiviti pemulihan yang dijalankan ke atas penghuni melalui lawatan ke beberapa buah institusi penjara antaranya Penjara Pokok Sena, Penjara Sungai Petani, Penjara Seberang Prai, Penjara Taiping, KEMTA, PPA Batu Gajah dan PULAPEN Perak.
 

Y.B. Dato' Lee Chee Leong sedang menyampaikan ucapan

Salah seorang peserta sedang menerima sijil daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri

Y.B. Dato' Lee Chee Leong sedang menandatangani buku lawatan

Peserta-Peserta MTCP bergambar kenang-kenangan bersama Y.B. Dato' Lee Chee Leong dan Y. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar 

Dalam majlis yang sama, para peserta Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara Siri 1 2009/2010 telah menerima sijil tamat kursus masing-masing. Kursus ini berlangsung mulai 14 November 2009 hingga 18 Julai 2010. Ianya melibatkan seramai 43 orang peserta kursus yang terdiri daripada Pegawai Penjara berpangkat Timbalan Penguasa Penjara KX41 dari seluruh institusi penjara di Malaysia yang baru dinaikkan pangkat. Kursus yang memakan masa selama 8 bulan ini diadakan bersekali dengan Kursus Diploma Siswazah Sains Koreksional (DSSK) dengan kerjasama Universiti Utara malaysia (UUM)

Salah seorang peserta kursus STPP sedang menerima sijil daripada Y.B. Dato' Lee Chee Leong
  
Peserta-peserta Kursus STPP bergambar kenang-kenangan bersama-sama Y.B. Dato' Lee Chee Leong dan Y. Bhg KJP Datuk Hj. Zulkifli bin Omar. 
 

Info Terkini Akademi

Waktu Solat Langkawi

Fajr 06:04 AM
Sunrise 07:12 AM
Dhuhur 01:19 PM
Asr 04:21 PM
Maghrib 07:25 PM
Isha 08:31 PM
stories2.jpg