Ucapan Komandan

 

Selamat Datang Ke Laman Web Institut Koreksional Malaysia

Institut Koreksional Malaysia (IKoM) merupakan sebuah institusi latihan yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam memperkasakan Pembangunan Modal Insan kepada kakitangan Jabatan Penjara Malaysia umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang kompeten, profesional, berintegriti, berdaya saing dan berprestasi tinggi serta cekal menghadapi cabaran.

Dengan wujudnya laman web ini dapat memberikan maklumat berkaitan Institusi ini dan juga maklumat - maklumat pelaksanaan kursus yang telah dijalankan. 

Diharapkan segala kemudahan yang disediakan di Institusi Latihan ini dapat memenuhi keperluan peserta sepanjang berkursus.

Saya menaruh harapan yang tinggi melalui laman web ini, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat disebarkan kepada pelanggan kami dengan lebih meluas sekaligus membantu menjalinkan rangkaian profesional dalam negara mahupun di peringkat global.

 

Semoga kita bertemu di IKoM

 

 

Hak Cipta Terpelihara. © 2018 Institut Koreksional Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia. PENAFIAN : Institut Koreksional Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.