Warning: file_put_contents(/opt/lampp/htdocs/mpm/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /opt/lampp/htdocs/mpm/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 422
MS ISO 9001:2015

1.1 PENDAHULUAN

Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini disediakan berdasarkan keperluan MS ISO 9001:2015. Ia bertujuan untuk memastikan penyediaan dan penghasilan perkhidmatan kepada pelanggan Maktab Penjara Malaysia (selepas ini disebut MPM) menepati Sistem Pengurusan Kualiti dan selaras dengan keperluan Standard MS ISO 9001:2015.

Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini mengandungi maklumat organisasi, dasar kualiti, objektif kualiti dan prinsip-prinsip asas Sistem Pengurusan Kualiti MPM. Selain dari Panduan Sistem Pengurusan Kualiti, sistem pengurusan MPM juga disokong dengan dokumen Prosedur Kualiti, Dokumen Sokongan serta Rekod Kualiti. Sistem Pengurusan Kualiti MPM juga mematuhi Akta Penjara 1995 (Pindaan 2008), Peraturan-Peraturan Penjara 2000, Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara (PTKJP) serta Pekeliling yang dikeluarkan oleh agensi pusat seperti Jabatan Pekhidmatan Awam dan Perbendaharaan Malaysia.

 
1.2 TUJUAN

Tujuan Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini adalah untuk:-

1.2.1 Menerangkan maklumat am mengenai organisasi MPM;
1.2.2 Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan di MPM;
1.2.3 Menggariskan dasar dan prinsip-prinsip asas bagi aktiviti pelaksanaan program latihan; dan
1.2.4 Menjelaskan mengenai pengecualian aplikasi (Exclusion) dalam memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015.

1.3 KANDUNGAN PANDUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Panduan ini mengandungi sepuluh (10) bahagian yang meliputi perkara-perkara berikut:
Bahagian 1 : Skop
Bahagian 2 : Terma dan Definisi
Bahagian 3 : Maklumat Organisasi
Bahagian 4 : Konteks Organisasi
Bahagian 5 : Kepimpinan
Bahagian 6 : Perancangan
Bahagian 7 : Sokongan
Bahagian 8 : Operasi
Bahagian 9 : Penilaian Prestasi
Bahagian 10 : Penambahbaikan

1.3.1 Keperluan Dan Dokumentasi

MPM mewujudkan dan menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan kepada empat (4) peringkat dokumen iaitu:-

i. Manual Kualiti
Dokumen yang mengandungi dasar dan objektif organisasi, penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti termasuk bagaimana seksyen-seksyen dalam standard MS ISO 9001:2015 dipatuhi.

ii. Prosedur Kualiti
Dokumen yang menggariskan tujuan dan turutan langkah dalam proses kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti dengan terperinci dari aspek bagaimana dan mengapa ia dilaksanakan, bila, di mana dan siapa yang melaksanakannya.

iii. Arahan Kerja
Dokumen yang memperincikan langkah-langkah yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti.

iv. Dokumen Sokongan
Dokumen yang menjadi rujukan / panduan serta perlu dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah didokumenkan dalam dokumen kualiti.


RAJAH 1 : HIERARKI DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001: 2015 MPM

1.3.2 Sistem Pengurusan Kualiti

Sistem Pengurusan Kualiti MPM diwujudkan bagi memastikan sistem tersebut dilaksanakan dengan cekap, sistematik dan berkesan berdasarkan keperluan MS ISO 9001:2015.

1.3.3 Dokumen Berkaitan:

MPM PK-URUS-01 Kawalan Dokumen

1.3.4 Panduan Sistem Pengurusan Kualiti

Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini adalah dokumen utama dalam Sistem Pengurusan Kualiti MPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara berikut:-
i. Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MPM;
ii. Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti MPM;
iii. Justifikasi bagi pengecualian;
iv. Rujukan kepada prosedur-prosedur kualiti dan dokumen sokongan dalam Sistem Pengurusan Kualiti;
v. Interaksi Dan Perhubungan Proses Lampiran B; dan
vi. Carta Interaksi Dan Perhubungan Proses rujuk Lampiran C.

1.3.5 Kawalan Dokumen
Dokumen kualiti yang dikawal dalam Sistem Pengurusan Kualiti ialah:-
i. Panduan Sistem Pengurusan Kualiti;
ii. Prosedur Kualiti;
iii. Arahan Kerja; dan
iv. Rekod Kualiti

Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MPM tertakluk kepada kawalan yang meliputi pengwujudan, pengedaran, pindaan dan pelupusan. Setiap dokumen hendaklah diberi pengenalan mengikut kaedah berikut;

Panduan Sistem Pengurusan Kualiti MPM PSPK
Panduan Sistem Pengurusan Kualiti Utama MPM PK-UTAMA
Panduan Sistem Pengurusan Kualiti Urus MPM PK-URUS
Arahan Kerja MPM AK

Perincian mengenai kaedah kawalan dijelaskan dalam prosedur yang berkaitan.

1.3.6 Urusetia Sistem Pengurusan Kualiti

Urusetia Sistem Pengurusan Kualiti yang dilantik bertanggungjawab terhadap pengurusan dokumen kualiti. Bagi tujuan mengawal dokumen Sistem Pengurusan Kualiti, MPM mewujud dan menyelenggara prosedur MPM PSPK-URUS-01 Kawalan Dokumen.

1.3.7 Kawalan Rekod

i. Rekod-rekod kualiti dan had penyimpanannya dikenalpasti dan disimpan dengan selamat dalam fail-fail atau folder atau buku tertentu yang mudah                       dibaca dan dirujuk semula;
ii. Rekod-rekod kualiti diuruskan mengikut Prosedur MPM PK-URUS-02 Rekod Kualiti;
iii. Perincian bagi mengawal, mengenalpasti, menyimpan, mendapatkan semula dan melupuskan rekod didokumenkan dalam prosedur MPM PK-URUS-02                    Rekod Kualiti; dan
iv. Senarai Induk Rekod Kualiti

1.4 KUASA MELULUSKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Panduan Sistem Pengurusan Kualiti hanya boleh digunakan setelah diluluskan oleh Pengarah MPM. Dokumen ini adalah dokumen terkawal dan hanya boleh dibuat, dipinda serta dikemaskini oleh Urusetia SPK MPM.

1.5 PENYELARASAN PINDAAN
Urusetia SPK MPM bertindak bagi pihak Pengurus SPK untuk menyelaraskan pindaan ke atas Panduan Sistem Pengurusan Kualiti. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen ini.

1.6 KEPERLUAN BARU DIPERKENALKAN DALAM STANDARD MS ISO 9001:2015

      1.6.1 Pengurusan Risiko :
               Satu kaedah yang sistematik bagi mengenalpasti, menilai dan mengatur kepentingan risiko.

      1.6.2 Menilai Ancaman Risiko :
               Menilai Ancaman Risiko dan mengenalpasti kaedah mengurangkan ririko (risiko berdasarkan isu yang belum berlaku tetapi perlu dibuat untuk mengatasi                              masalah yang akan timbul.

      1.6.3 Tiada Tindakan Pencegahan :
               Tiada Tindakan Pencegahan tetapi ditukar kepada Pengurusan Risiko.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com