Warning: file_put_contents(/opt/lampp/htdocs/mpm/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /opt/lampp/htdocs/mpm/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 422
Ucapan Pengarah
 YBhg. TKP Dato' Narander Singh
Pengarah Maktab Penjara Malaysia
 
 
Salam Sejahtera Salam Negaraku, dengan jayanya dapatlah kita membangunkan laman web Maktab Penjara Malaysia ini. Kewujudan laman web ini merupakan satu lagi langkah proaktif Maktab Penjara Malaysia dalam usaha bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin penting dalam segala urusan seharian masa kini.
 
Laman web ini bukan sahaja menyediakan ruang akses kepada maklumat-maklumat berhubung dengan MPM tetapi ia juga diharap dapat menjadi saluran serta pencetus minda kepada penyampai dan penerima. Sebagai makluman, realisasi pengwujudan MPM adalah bertujuan untuk menjadi satu tempat membekalkan ilmu-ilmu yang relevan mengenai kepenjaraan kepada pegawai-pegawai penjara bagi menghadapi cabaran persekitaran koreksional masakini dan masa hadapan. MPM juga menjadi key role kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk membangunkan suatu sistem koreksional yang cemerlang dan diiktiraf antarabangsa.
 
Dalam melaksanakan Dasar Latihan Jabatan maka MPM mengorak langkah dalam melengkapkan prasarana dan modul latihan yang bersesuaian dalam melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai minda kelas pertama di masa akan datang seiring dengan anjakan paradigma globalisasi dunia masa kini. Oleh itu, dengan pendedahan latihan yang berterusan pegawai-pegawai kanan penjara dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan membentuk budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saya yakin dengan wujudnya laman web MPM ini, ianya dapat memberi manfaat dan memudahkan para pengguna melayarinya, seterusnya memperolehi maklumat berkaitan dengan latihan serta kursus-kursus yang dijalankan di MPM.
 
"LATIHAN ASAS KEJAYAAN"
 
 
Pengarah
Maktab Penjara Malaysia                                                 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com