Muzium Penjara Sepintas Lalu

   

Penubuhan Muzium Penjara Malaysia di alaf baru ini amat bertepatan sekali dengan arus pembangunan Jabatan Penjara Malaysia dalam konteks meningkatkan imejnya. Mengimbau kembali sejarah Jabatan Penjara Malaysia, wajarlah sekali diabadikan sebuah muzium agar sejarah dan kegemilangan jabatan ini tidak luput ditelan zaman.

Pada 27 Januari 2010 Jabatan Penjara Malaysia mendapat kelulusan daripada KDN dengan peruntukan sebanyak 1.5 juta untuk mengubah suai Penjara Banda Hilir untuk dijadikan sebuah Muzium Penjara Malaysia. Penjara Banda Hilir telah dikosongkan pada 25 Jun 2010. Banduan-banduan dan anggota Penjara Banda Hilir dipindahkan di penjara baru di Penjara Sungai Udang, Masjid Tanah, Melaka bagi memberi laluan kerja-kerja pengubah suaian yang dijangka siap pada penghujung tahun 2010.

Usaha untuk menjayakan Muzium Jabatan Penjara Malaysia menjadi kenyataan mendapat sokongan padu dari ketua pengarah Penjara Malaysia yang baru iaitu Yang Berbahagia Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar. Dengan penubuhan Muzium Penjara Malaysia, sejarah warisan Penjara dapat dipelihara dan diselamatkan, koleksi artifak-artifak sejarah Jabatan Penjara Malaysia boleh dipamerkan untuk tontonan umum. Melalui penerangan dan pameran ,para pelajar serta masyarakat umum dapat menjalankan penyelidikan berkaitan, persekitaran kerja dan sejarah Jabatan Penjara Malaysia.

Docs / Support
Koleksi baju banduan mengikut warna dan kategori. Setiap warna mempunyai kategori banduan yang tertentu.

Native RTL Support
Penjara Banda Hilir yang kini telah dijadikan Muzium Jabatan Penjara Malaysia.

WRITE GUESTBOOK