Majlis Jalinan Mesra
Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan majlis meraikan kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan (Bersara). Majlis ini telah diadakan pada 31 Oktober 2010 bertempat di Hotel The Katerina, Batu Pahat, Johor. Sehubungan dengan itu Persiap turut meraikan dua ahli Persiap dalam majlis ini.
Puan Chew Aun Sim isteri kepada mantan Pengarah Keselamatan, Tuan Thang Ah Yong dan Puan Zaiton Bt. Shamsuddin isteri kepada mantan Pengarah Pusat Latihan Pegawai Penjara (PLPP), Tuan Abu Bakar B. Ismail. Majlis ini bertujuan menghargai segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang perkhidmatan kedua-dua pegawai ini dalam Jabatan Penjara Malaysia.
Sumbangan isteri kedua pegawai ini turut diraikan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka sebagai ahli Persiap dalam memperkasakan halatuju Persiap. Segala sumbangan ikhlas untuk Persiap selama ini adalah amat dihargai. Semoga perhubungan terus terjalin selamanya.
Sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan Persiap kepada Puan Chew Aun Sim dan Puan Zaiton, Ybhg Datin Wira Noraini Bt Hj Man, selaku Yang Dipertua Persiap mewakili ahli Persiap telah menyampaikan cenderamata kenangan kepada kedua ahli ini.
Akar Keladi Melilit Selasih
Selasih Tumbuh Di Hujung Taman
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman
Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 15 DECEMBER 2010 04:23)