Lawatan Menziarahi Kematian
Pada 6 Januari 2011, Yg. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini bt. Man telah mengetuai rombongan ahli PERSIAP IPPM / MPM bagi menziarahi kembalinya ke rahmatullah mantan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Nik Ariffin bin Nik Omar di Bandar Baru Bangi dan sebagai mewakili kakitangan IPPM telah memberikan sedikit sumbangan kepada balu allahyarham iaitu Datin Habsyah bt. Datuk Yusof. Di kesempatan itu, Yg. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini bt. Man juga telah bertemu dengan ramai pesara dan ahli-ahli PERSIAP.
Selesai menziarahi keluarga allahyarham mantan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Nik Ariffin bin Nik Omar, rombongan ini telah mengunjungi rumah keluarga PKP Zainah bt. Pardi, Pengarah Penjara Wanita Kajang di Nilai, Negeri Sembilan bagi menziarahi kematian abang beliau.
Seterusnya rombongan telah ke Hospital Kajang untuk melawat isteri kepada Kpl. Yaki bin Zakaria, Puan Hasanah bt. Abd. Rahman yang menghidap penyakit kanser rahim dan di wad yang sama melawat anggota Penjara Wanita Kajang iaitu WP 18388 Dayang Norasyikin bt. Abang Mosyafa @ Mose yang mendapat kemalangan jalanraya.
Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 17 JANUARY 2011 08:57)