Lawatan Y.Bhg Datin Wir A Hjh. Noraini Binti Hj. Man Ydp Persiap Malaysia Bersama Peserta Program Jalinan Kasih Persiap Ke Penjara Seberang Perai Dan Lawatan Ke Rumah Bekas Kakitangan Penjara Yang Uzur
Pada 20hb Februari 2010, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menerima lawatan daripada Y. Bhg Datin Wira Hjh. Noraini Bt Hj. Man, Yg Dipertua PERSIAP Malaysia bersama Peserta Program Jalinan Kasih PERSIAP Malaysia. Lawatan tersebut telah disambut oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama Puan Nashimah Binti Mohamed Salleh, Pengerusi PERSIAP Penjara Seberang Perai berserta pegawai-pegawai kanan dan Ahli-ahli PERSIAP Penjara Seberang Perai.
Objektif utama lawatan tersebut antaranya ialah melawat bekas-bekas kakitangan Penjara yang uzur disamping mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara ahli-ahli PERSIAP di setiap cawangan khususnya zon utara dan amnya seluruh Malaysia. Y. Bhg Datin Wira telah melakukan lawatan dan meluangkan masa untuk berjumpa KPL 283 (bersara) Maznah binti Salleh serta keluarga. Kpl Maznah telah terlantar sakit di rumahnya akibat kanser trumo (lumpuh) selama lebih kurang 8 tahun.
Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 25 FEBRUARY 2011 02:42)