Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Pada 17 Februari 2011 bersamaan 14 Rabiulawal 1432 H, PERSIAP dan Penjara Tawau di bawah kelolaan Biro Sukan dan Biro Masakan serta Unit Agama Penjara telah bergabung tenaga bagi menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penjara Tawau bertempat di Surau An-Nur. Majlis dimulakan seawal 6.30 petang dengan sambutan ketibaan Y.S Tuan Ajidin bin Hj Salleh, Pengarah Penjara Tawau dan isteri Puan Aemyzarina binti Badrin, Pengerusi PERSIAP Tawau, Timbalan Pengarah Penjara Tawau dan isteri, pegawai-pegawai kanan, ahli-ahli PERSIAP dan kakitangan Penjara Tawau.
Majlis kemudian diteruskan dengan solat maghrib berjemaah yang diketui oleh Ustaz Mahazir. Selesai menunaikan solat maghrib berjemaah majlis kemudian diisi dengan ceramah bertajuk "Nabi Muhammad S.A.W Ikutan Terbaik" yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa Hussin yang telah dijemput khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Balong. Setelah hampir sejam mendengar ceramah yang penuh bermakna itu majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari pihak Penjara dan PERSIAP Tawau yang disampaikan oleh PKP Tuan Ajidin bin Hj Salleh kepada penceramah jenputan. Seterusnya majlis disambung dengan solat Isyak berjemaah yang diketuai oleh Ustaz Mahazir dan diikuti dengan selawat ke atas nabi junjungan. Majlis Sambutan Maulidur Rasul tersebut diakhiri dengan jamuan makan malam.
Terima Kasih Sekalung Budi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 25 FEBRUARY 2011 04:03)