Pertandingan Tenpin Bowling PERSIAP AKM Langkawi
Pada 13 Februari 2011, PERSIAP AKM Langkawi telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling untuk ahli-ahlinya bertempat di Ampang Bowl, Jeti Kuah, Langkawi. Aktiviti ini bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh seramai 26 ahli PERSIAP.
Antara objektif aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk cara gaya hidup yang sihat di kalangan ahli. Melalui aktiviti ini juga hubungan siraturrahim diantara ahli dapat dipertingkatkan disamping dapat mencungkil bakat-bakat ahli dalam bidang sukan bowling. Memandangkan Pertandingan Tenpin Bowling Piala Pengarah Akademi Koreksional Malaysia yang akan diadakan pada 26 Februari 2011, pemilihan pemain untuk mewakili PERSIAP AKM Langkawi akan dilakukan selepas keputusan permainan diperolehi.
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan tidak terhad kepada sukan bowling malahan setiap ahli perlu didedahkan kepada pelbagai jenis sukan yang dapat memberikan faedah kepada ahli.
Â
Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 16 MARCH 2011 07:25)