MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H / 2011 M
Pada 14 Februari 2011 bertempat di Dewan Mahsuri Akademi Koreksional Malaysia telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul 1432 H/ 2011 M yang telah dihadiri oleh lebih kurang 35 ahli PERSIAP.
Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan dari Lobi Akademi Koreksional Malaysia ke Dewan Mahsuri. Selepas ketibaan Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia PKK Jamil Razif Bin Kassim pada jam 8.40 pagi, acara diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Bakti Setia dan selawat. Selepas bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan Bin Saidin dan berzanji, acara diteruskan dengan ucapan perasmian Sambutan Maulidur Rasul S.A.W oleh Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia PKK Jamil Razif Bin Kassim dan penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul. Lebih membanggakan ialah ahli PERSIAP Akademi Koreksional Malaysia Pn Wan Syuhaida Bt Wan Senik telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut.
Selepas minum pagi, majlis diteruskan dengan dengan sesi ceramah sempena Maulidur Rasul S.A.W yang bertajuk Rasullah contoh ikutan sepanjang zaman disampaikan oleh Tn Haji Hashim Bin Ahmad, Pengarah Fitrah Perkasa Berhad . Antara intipati ceramah tersebut ialah mengenali sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah tersebut telah memberikan kesedaran tentang kepentingan kita mengenali dan mencintai rasul junjungan kita. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di kafe Akademi Koreksional Malaysia.
Â
Â
Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 16 MARCH 2011 05:03)