Mesyuarat Agung Persiap AKM Langkawi, Kedah Kali Ke 2
Mesyuarat Agung PERSIAP AKM Langkawi, Kedah telah dilaksanakan pada 10 Februari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat AKM pada jam 2.30 petang. Mesyuarat dirasmikan oleh Pengarah Akademi Koreksional Malaysia PKP Abdul Aziz Bin Abdul Razak selaku Penaung PERSIAP.
Selepas majlis perasmian tersebut, mesyuarat dimulakan dan dipengerusikan oleh Pn Hjh Rosnani Bt Mohamed pengerusi PERSIAP AKM Langkawi. Antara agenda mesyuarat tersebut ialah pengesahan minit mesyuarat yang pertama dan pembentangan penyata kewangan berakhir Januari 2011 serta pembentangan laporan aktiviti PERSIAP AKM Langkawi sepanjang tahun.
Antara agenda mesyuarat ialah pelantikan penolong bendahari, pembentangan usul ahli-ahli PERSIAP serta hal-hal lain yang berkaitan dengan PERSIAP seperti aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan untuk suku tahun pertama 2011, Mesyuarat Agung PERSIAP IPPM pada bulan Julai, Pengurusan Aset PERSIAP AKM dan anak-anak PERSIAP yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR, SPM dan STPM.
Pada ucapan penangguhan Pengerusi, beliau meminta semua pihak agar bekerjasama dan memberikan komitmen yang jitu dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli diatas sumbangan dan tenaga kerja setiap ahli kepada kejayaan PERSIAP. Beliau juga mengingatkan kepada semua ahli bahawa kemuafakatan mesti dijadikan sebagai teras utama dalam PERSIAP agar setiap cabaran yang mendatang mudah diatasi.
Â
Â
Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 28 MARCH 2011 04:41)