Mesyuarat Agung Persiap Miri Tahun 2011
Mesyuarat Agung Tahunan PERSIAP bagi Penjara Pusat Miri telah diadakan pada 13.2.2011 jam 2.00 petang. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri lebih kurang seramai (87) orang ahli. Simbolik perasmian mesyuarat pada petang tersebut adalah upacara pemotongan riben yang telah dilakukan oleh PKP Kamarul Alam bin Taib. Sebelum mesyuarat dimulakan, Pengerusi PERSIAP Pn Nor Asmah bt. Badul telah menyampaikan amanat serta ucapan daripada Yang Dipertua Datin Wira Hjh Noraini bt Man.
Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah yang dibangkitkan dan usul-usul yang ingin dikemukakan oleh ahli. Pada majlis tersebut turut diadakan penyerahan cenderahati kepada anak-anak cemerlang bagi peperiksaan PMR dan cenderahati kepada pegawai /ahli PERSIAP yang telah bersara iaitu Puan Chew Keng Mee.
Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah bagi menarik minat dan galakan kepada ahli PERSIAP serta jamuan ringan. Sebelum majlis bersurai, ahli PERSIAP bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 31 MARCH 2011 02:35)