Lawatan Ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
Pada 16 April 2011 ( Sabtu ), bertempat di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong, Selangor, seramai ( 10 ) ahli PERSIAP merangkap ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama ahli PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri telah membuat lawatan mesra dan memberikan sumbangan ikhlas kepada rumah tersebut dengan diketuai oleh Y.Bhg. Datin Jasiah bt. Mohamad Saad, Timbalan Pengerusi PUSPANITA KDN. Lawatan ini turut disertai oleh Y. Bhg. Datin Wira Noraini bt Man selaku YDP PERSIAP Malaysia.
Cawangan PERSIAP IPPM / MPM, Penjara Kajang, Penjara Sungai Buloh dan Penjara Wanita Kajang telah memberikan sumbangan berupa wang dan baranganan keperluan harian. Sumbangan telah diserahkan kepada Puan Muji pengurus rumah berkenaan oleh Y.Bhg. Datin Jasiah bt. Mohamad Saad, Timbalan Pengerusi PUSPANITA KDN. Y. Bhg. Datin Wira Noraini bt Man selaku YDP PERSIAP Malaysia turut bermurah hati memberikan sumbangan peribadi beliau.

Pada jam 9.00 pagi kerja-kerja gotong-royong seperi membersihkan kawasan sekitar dan dalam rumah, longkang, mengemas barang-barang penghuni dan membantu memasak makanan tengahari. Para peserta yang mengikuti lawatan ini turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan penghuni. Program lawatan ini berakhir pada jam 3.00 petang selepas selesai makan tengahari. Puan Muji mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan yang dibuat dan mengharapkan kunjungan serta bantuan seumpama ini dapat diberikan bagi menampung keperluan harian dan memberi keceriaan kepada penghuni.

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 21 APRIL 2011 04:09)