Kelas Mingguan Fardhu Ain Kskap & Persiap Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor
Kelas Fardhu Ain ini diadakan di Surau Al-Huda Kuarters Kakitangan PPA Muar. Dimulakan selepas Solat Maghrib berjemaah iaitu kira-kira jam 7.40 malam sehingga jam 9.30 malam. Kelas Fardhu Ain dimulai dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Kelas diteruskan lagi dengan bacaan Al-Quran dari anak-anak kakitangan PPA Muar. Bacaan diketuai oleh Puan Sobiha Bte Salleh selaku setiausaha Biro Agama PERSIAP PPA Muar. Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengisi masa anak-anak dengan ilmu rohani serta dapat memupuk rasa cinta dan kasihnya kita terhadap Rasullullah S.A.W.