Kejohanan Boling PERSIAP PPA Muar, Johor 2011
Pada 16 April 2011 bertempat di Pusat Boling Jalan Bakri Batu Empat, Muar Johor telah berlangsungnya Kejohanan Boling Persiap peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar yang dirasmikan oleh Naib Pengerusi PERSIAP Puan Norzeehan bt Muhd Satar pada jam 3.00 petang.
Seramai 24 orang peserta terdiri daripada ahli dan juga anak-anak ahli PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Perlawanan diadakan secara individu dan hadiahnya diberi sehingga nombor ke 13. Saguhati juga turut diberikan bagi menyuntik semangat kepada ahli-ahli supaya tidak berputus asa dan terus mencuba lagi di masa akan datang. Aktiviti seperti ini juga dapat mengisi masa lapang ahli serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan para ahli PERSIAP.
Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 28 JUNE 2011 03:27)