Aktiviti Riadah Di Selat Panchor, Langkawi, Kedah
Pada 26 Jun 2011 satu aktiviti riadah telah dijalankan di Selat Panchor, Langkawi. Selat Panchor merupakan pantai yang membentuk sebuah tanjung kecil dimana menjadi laluan utama feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah Langkawi. Keunikan dan keindahan yang terdapat disekitar pantai menjadikan ianya sering menjadi tempat kunjungan para pelancong untuk melakukan aktiviti riadah. Ciri-ciri ini telah menarik minat ahli PERSIAP melakukan aktiviti riadah disini. Aktiviti ini telah disertai oleh ahli-ahli PERSIAP bersama beberapa kakitangan Akademi Koreksional Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti “ jungle tracking”, aktiviti pantai seperti mandi dan menyediakan juadah makanan seperti ikan bakar serta ayam bakar.
Antara tujuan aktiviti ini dilaksanakan ialah untuk mewujudkan budaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara ahli. Maklumbalas yang diterima dari semua ahli yang menyertai aktiviti ini amat positif. Puan Zaharah Razab selaku pengerusi PERSIAP AKM Langkawi amat berpuashati dan mengharapkan agar aktiviti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan menambahkan lagi beberapa aktiviti lain bagi mengisi program tersebut.
Kelihatan digambar ahli PERSIAP sedang mengangkat peralatan memasak dari bot yang ditempah.
Ahli-ahli PERSIAP sedang melakukan aktiviti memasak ikan bakar dan ayam bakar.
Ahli PERSIAP sempat merakamkan kenangan manis dengan keindahan di Selat Panchor.
Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 25 JULY 2011 08:20)