Program Ziarah Jalinan Kasih
Pada 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadan 1432HÂ bermula jam 9.00 pagi bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Persiap Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah mengadakan Program Ziarah Jalinan Kasih.
Program ini diketuai oleh Puan Wan Norliza bt Pa’ Wan Chik bersama setiausaha dan 3 orang AJK telah mengadakan lawatan ke rumah balu-balu bekas isteri Pegawai Penjara yang meninggal dunia. Dalam program kali ini sebanyak 4 keluarga balu sempat diziarahi dan Pengerusi telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur untuk keperluan menyambut hari raya dan duit raya kepada balu-balu yang dilawati.
Sesi lawatan selesai jam 12.30 tengahari.
Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 23 AUGUST 2011 08:47)