Kelas Bakeri Membuat Kuih Raya
Kelas bakeri membuat kuih raya telah diadakan pada 28 Ogos 2011 bertempat di Rumah Persiap bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 20 ahli termasuk Pengerusi Persiap turut serta dalam program ini. Tenaga pengajar untuk menghasilkan kuih raya terdiri daripada ahli Persiap sendiri iaitu Pn. Norma bt Abd Rauf yang merupakan seorang guru KEMAS yang mahir dalam bidang bakeri.
Tujuan diadakan program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ahli-ahli persiap dalam menghasilkan kuih raya seperti Tart Nenas, Chip of Chif Cookies, Almond London dan Samperit. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada ahli-ahli Persiap untuk bermesra, bertukar-tukar pendapat dan berkomunikasi antara satu sama lain terutamanya dengan adanya kehadiran Pengerusi. Berakhirnya program ini setiap peserta dapat membawa pulang 4 kotak kuih raya pelbagai jenis untuk dirasai bersama seisi keluarga pada Hari Raya nanti.

Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 09 SEPTEMBER 2011 03:41)