Sumbangan Raya Kepada Kakitangan Penjara Sg. Petani
Pada 21 Ogos 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Sg. Petani, PERSIAP Penjara Sg.Petani dengan sukacitanya telah memberi sumbangan hari raya berupa biskut raya kepada kakitangan Penjara Sg. Petani yang bertugas pada pagi hari raya ini. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi PERSIAP Penjara Sg. Petani iaitu Puan Bandiah binti Hj Jamil kepada Pengarah Penjara Sg. Petani PKP Mohd Muslih Bin Mahmud.
Pada hari yang sama bertempat di Taska Penjara Sg. Petani, PERSIAPÂ dengan diketua Pengerusi telah bermurah hati memberi sumbangan duit raya kepada kakitangan taska dan anak-anak taska Penjara Sg. Petani. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk bersama-sama menambahkan lagi tautan kasih di kalangan kakitangan, penjara dan kakitangan taska Penjara Sg. Petani.

Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 09 SEPTEMBER 2011 03:44)